Download Assignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS PDF

TitleAssignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS
File Size838.2 KB
Total Pages36
Document Text Contents
Page 1

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

209794
1



SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan



PENGENALAN

SMS atau khidmat pesanan ringkas dan Chatting di laman sosial seperti Yahoo Messenger, Facebook, Skype

dan Twitter adalah antara fenomena kegilaan masyarakat masa kini. Masyarakat tidak kira dari pelbagai

kelompok usia, menggunakan teknologi ini untuk bersosial dan menyampaikan maklumat selaras dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi zaman ini. Kewujudan media baru yang menggabungkan

teknologi Internet, audiovisual dan telefon ini bukan sahaja memberi banyak kemudahan untuk

menyampaikan maklumat dan bersosial, malah hubungan dan interaksi diseluruh pelusuk dunia dapat

dijalinkan dengan mudah ,cepat dan pantas. Namun disebalik keghairahan masyarakat menggunakan

teknologi baru ini, suatu perkara yang mungkin terlepas pandang ialah adab sopan, kemurnian dan kesantunan

bahasa dalam proses berkomunikasi. Sejajar dengan budaya Melayu yang sentiasa mementingkan serta

menjaga adap, sopan dan ketertiban dalam berkomunikasi bahasa SMS dan chatting dilihat sebagai menolak

kemurnian bahasa. Melalui bahasa SMS dan chatting yang dikontotkan dan penggunaan akronim serta cara

berkomunikasi yang amat ringkas kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan dan memberi tafsiran berbeza

dari seorang pengirim kepada penerima mesej. Semua ini mengundang kepada pencemaran bahasa Melayu.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah

globalisasi. Kamus Dewan, mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan

mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era

globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif

walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan. Bahasa Melayu juga

tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana

perkembangan ini membawa kepada penggunaan laman maya dan telefon bimbit secara berleluasa dan ini

membawa kepada perbualan secara maya atau chatting dan penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat

yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan tetapi sebenarnya

mencemarkan bahasa.

Page 2

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

209794
2



SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan



Kesantunan Berbahasa

Secara umumnya komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan tulisan.

Komunikasi lisan ialah komunikasi yang terjadi apabila adanya pertuturan antara dua individu atau lebih

manakala komunikasi tulisan pula ialah komunikasi yang melibatkan media perantara sama ada media cetak

ataupun media elektronik. Antara bentuk media cetak ialah yang biasa digunakan dalam komunikasi tulisan

termasukah risalah, akhbar, majalah dan buku. Media elektroniknya pula seperti laman sosial dan blog, serta

khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bahasa ialah sistem komunikasi yang diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan mereka berinteraksi

antara satu sama lain secara berkesan. Dalam setiap bahasa di dunia ada diwujudkan pelbagai aturan dan

peraturan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh penuturnya. Antara aturan dalam bahasa termasuklah sistem

sapaan yang diamalkan oleh masyarakat bahasa. Salah satu aspek penting dalam sistem sapaan ialah

kesantunan berbahasa.

Kamus Dewan mendefinisikan kata santun sebagai “halus (budibahasa atau budi pekerti), beradab, sopan”.

Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau kesopanan.

Kesantunan bahasa scara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,

memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada lawan bicaranya.

Prof. Emerius Dato‟ Dr Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia Dan Santun Bahasa (2002) meumuskan

bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu :

1) Peraturan linguistik

2) Peraturan sosiolinguistik, dan

3) Peraturan pragmatic

Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan ini secara besepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Penggunaan

bahasa pula secara umumnya dapat dibahagi kepada dua suasana atau urusan iaitu rasmi dan tidak rasmi.

Page 19

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

209794
19



SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan



Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan

komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira

kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Terdapat banyak lagi emotikon yang tidak disenaraikan di sini tetapi ia adalah suatu yang lazim di kalangan

pengguna yang berkomunikasi dalam chat dan forum. Penggunaan emotikon dalam Internet telah diimport ke

dalam bahasa SMS. Inilah antara keunikan dan kreativiti dalam bahasa SMS. Ia memberikan satu bentuk

literasi visual bukan teks yang boleh difahami oleh penggunanya. Begitu juga dengan perkataan yang dieja

dalam pelbagai bentuk dalam bahasa SMS sebenarnya hanya sesuai dalam konteks komunikasi bahasa SMS.

Ia tidak boleh digunakan dalam bahasa rasmi atau bahasa baku dalam penulisan rasmi. Sekiranya ia digunakan

dalam penulisan rasmi, maka barulah boleh kita katakan bahawa ia boleh mencemarkan bahasa baku.

Kalau dalam komunikasi lisan, samada interpersonal atau pengucapan awam, terdapat dua bentuk bahasa yang

digunakan iaitu bahasa lisan (verbal) dan bahasa badan (non verbal seperti gestures, postures dsb). Begitu juga

dalam bahasa SMS terdapat simbol dan emotikon dalam bahasa SMS yang mewakili sesuatu makna dalam

mesej yang disampaikan.

Pencemaran Bahasa Siber Dan Sms

Pensyarah Kewartawanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Dr Rahmat

Ghazali menegaskan bahawa kewujudan media baru adalah penciptaan teknologi terkini yang memudahkan

untuk berinteraksi dengan cepat diserata pelusok dunia. Ianya dilihat sebagai satu perkembangan teknologi

terkini yang sangat memberi manafaat kepada manusia sejagat. Namun beliau juga berpendapat terdapat sudut

negatif dalam media baru khususnya sms dan ruang sembang maya atau chatting ini. Beliau berpendapat

penggunaan ayat-ayat yang tidak ditapis dan ayat sosial yang sewenang-wenangnya digunakan dalam internet

dan sms mencemarkan budaya Melayu yang terkenal dengan bahasa yang indah dan berlapik. Beliau memberi

komen mengenai bahasa dalam ruangan chatting yang kadangkalanya amat keterlaluan sehingga terlalu bebas

membicarakan apa sahaja termasuk seks dan bahasa lucah. Ketiadaaan `gatekeeper' atau badan penapisan

Page 35

http://www.detikdaily.net/

Similer Documents