Download BEBERAPA NOTA BAHASA MELAYU SPM - PANDUAN GURU PDF

TitleBEBERAPA NOTA BAHASA MELAYU SPM - PANDUAN GURU
File Size272.0 KB
Total Pages20
Document Text Contents
Page 1

PANDUAN MENULIS PERENGGAN
PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa


PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.
Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada
43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari
semasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan
sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang
sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.
Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu
boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan
tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti.
PERENGGAN
Jenis-jenis perenggan:
- perenggan deduktif

Page 11

(ii) Bahasa yang Berkesan
Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang kuat.
Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasa
dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat yang pelbagai jenis
atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat biasa, ayat
aktif, ayat pasif, dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang dibina perlu mengikut Hukum D-M.
Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas untuk menggambarkan sesuatu, misalnya
perlu dibezakan antara ramai dengan banyak. Imbuhan harus juga digunakan dengan berhati-
hati supaya sesuai dengan kata dasar dan maksud yang ingin disampaikan.

(iii) Ejaan dan Tanda Baca
Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana
setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah sehingga tidak lebih daripada lima
markah untuk keseluruhan karangan. Kesalahan tanda baca termasuklah tanpa penggunaan
tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk kesalahan berulang.
Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak menurunkan juga tanda
noktah (.) di akhir ayat. Selain itu, tanda-tanda bacaan yang lain seperti noktah bertindih (:),
noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan langsung. Tanda-tanda ini jika
digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat yang dibina membawa maksud
yang lain, atau salah sama sekali.


KAEDAH MENCATAT ISI-ISI PENTING
PENULISAN KARANGAN

Kaedah ini , memerlukan anda mengemukakan beberapa soalan tentang tajuk yang
dikemukakan.
Contoh soalan : Rumah anda dimasuki pencuri . Beberapa barang berharga dan wang tunai
telah dicuri. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kejadian itu kepada pihak polis.
(a) Bilakah anda menyedari kehilangan barang-barang tersebut ?
(b) Bilakah tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku?
(c) Di manakah rumah anda?
(d) Apakah barang-barang yang dicuri?
(e) Berapakah taksiran harga barang-barang yang hilang?
(f) Bagaimanakah pencuri dapat masuk ke rumah?
(g) Siapakah orang yang anda syaki?
Setelah membina soalan , jawablah soalan-solan tersebut semasa menyusun isi dan menulis
karangan.

KAEDAH KATA TANYA
- Bertujuan untuk menggerakkan dan memandu anda berfikir dengan pantas. Apa yang perlu
anda ingat ialah :
(a) Siapa?
(b) Apa?
(c) Di mana?
(d) Bila?

Page 19

menjimatkan masa dan wang.
6. Kejayaan pelancaran MEASAT menyebabkan sesuatu berita diperoleh dengan
serta merta.

Langkah 5 - Untuk menulis isi-isi tersirat pula, pelajar hendaklah mengemukakan isi
yang tidak terdapat dalam petikan dan mesti menjawab soalan rumusan, iaitu
Apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi di Malaysia selain yang dinyatakan
dalam petikan?

Rangka isi-isi tersirat:


Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)

1 Hanya manusia bertambah tahap kesihatan meningkat

2 sistem pertahanan serangan musuh

3. sistem pendidikan diperingkatkan

4. Jalan raya yang sistematik kesesakan dan kemalangan

Jawapan contoh:

1. Kemajuan dalam bidang perubatan menyebabkan hayat manusia bertambah
akibat tahap kesihatan yang meningkat.
2. Kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapat mengelakkan
negara daripada diserang musuh.
3. Sistem pendidikan negara pula dapat dipertingkatkan dengan penggunaan
komputer dan internet.
4. Jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakan
dan kemalangan.


Langkah 6 - Kesimpulan sesuatu rumusan hendaklah berdasarkan isi-isi tersurat dan
tersirat yang dinyatakan. Selain itu, kesimpulan juga hendaklah merujuk isi
kandungan petikan secara keseluruhan. Sebagai contoh, jika soal rumusan
menghendaki pelajar menyatakan faktor-faktor atau sebab-sebab, atau punca-punca,
maka kesimpulan rumusan mestilah menyatakan langkah-langkah yang harus
diambil secara umum oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika soalan menghendaki
pelajar menyatakan langkah-langkah, kesimpulannya hendaklah dinyatakan dengan
meminta kerjasama daripada semua pihak untuk menanganinya. Selain itu, pelajar
mestilah mengenal pasti perkara 1 dan perkara 2 untuk ayat kesimpulan.

Rangka isi-isi kesimpulan:



Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)

1 berganding bahu meningkatkan kemajuan dan pembangunan

2 usaha kerajaan dan swasta negara maju

Jawapan contoh:
1.Kesimpulan rakyat dan kerajaan hendaklah berganding bahu untuk

Page 20

meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara.
2. Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta akan menjadikan negara kita
sebuah negara maju.

Langkah 7 - Menulis rumusan sepenuhnya. Pada peringkat ini, pastikan rumusan
anda supaya menepati bilangan perkataan, bebas daripada sebarang kesalahan
bahasa, menggunakan penanda wacana yang betul, dan sebagainya.

Jawapan Contoh:
Petikan menghuraikan kepentingan penyelidikan sains dan teknologi demi
kemajuan negara.

Kemajuan sains dan teknologi akan menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat
lebih tinggi dan maju. Hasil penemuan baharu berupaya meningkatkan
pendapatan dan produktiviti negara. Hasil-hasil keluaran yang berkualiti pula
mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Kemajuan menghasilkan sumber
tenaga moden dapat menggantikan kepupusan tenaga tradisional. Seterusnya,
sistem penguruan dan pentadbiran yang kian cekap dan pantas banyak
menjimatkan masa dan wang.

Selain itu, kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapat
mengelakkan negara daripada diserang musuh. Sistem pendidikan negara pula
dapat dipertingkatkan dengan penggunaan komputer dan internet. Seterusnya,
jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakan dan
kemalangan.

Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta mampu menjadikan negara kita
sebuah negara maju.

(120 perkataan)

Kesimpulannya, Teknik SP memerlukan pelajar menyatakan dua perkara atau dua
kata kunci dalam setiap ayat. Berdasarkan kata kunci tersebut, pelajar akan dipandu
untuk membina ayat yang lengkap sama ada untuk pengenalan, isi-isi tersurat, isi-isi
tersirat, dan kesimpulan. Rasionalnya ialah markah yang disediakan untuk bahagian
isi adalah sebanyak 20 markah. Oleh sebab rumusan terdiri daripada 10 ayat, hal ini
bermakna setiap ayat akan diberikan sebanyak 2 markah, iaitu 1 markah untuk
perkara 1 (Subjek) dan 1 markah untuk perkara 2 (predikat). Satu perkara lagi yang
perlu diingat ialah istilah subjek dan predikat yang digunakan dalam teknik ini
bukanlah bermaksud sebagai unsur subjek dan predikat dalam ayat. Sebaliknya,
subjek dan predikat yang dimaksudkan dalam rumusan ini ialah kata kunci atau inti
yang menjadi fokus dalam sesuatu ayat. Akhir kata, semoga teknik ini dapat
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar demi kejayaan bersama.

Similer Documents