Download Tajuk Karangan : Pendapat tentang faedah-faedah menyertai program motivasi. PDF

TitleTajuk Karangan : Pendapat tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.
File Size111.7 KB
Total Pages2
Document Text Contents
Page 1

Tajuk Karangan : Pendapat tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

Soalan : Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering

terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah meyertai

program motivasi.



Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar

sekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada para

pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, program

motivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun maktab. Penceramah bertauliah ataupun pakar

motivasi biasanya diundang untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat ramai penceramah

bertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin Haji Ali ataupun lebih

dikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai yang menggangap bahawa menghadiri

program motivasi amat membosankan. Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai program

motivasi?

Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk memastikan para pelajar

bersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi fizikal dan mental amat

penting sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu tidak

bersedia, fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi gementar

seterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu, kehadiran pakar motivasi ialah

untuk membantu pelajar agar menjadi lebih bersedia dengan berkongsi tips serta maklumat berguna

kepada pelajar. Pengaplikasian tips tersebut sedikit sebanyak membantu mereka. Pendek kata,

program motivasi dapat memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan.

Faedah yang kedua ialah, pelajar mendapat kesedaran dan pengajaran melalui program

motivasi. Pakar motivasi di negara kita iaitu Professor Izzi Ali terkenal dengan keupayaan beliau

memberi ceramah serta motivasi berdasarkan kisah hidup dan pengajaran setelah melakukan

sesuatu perbuatan. Program motivasi tidaklah hanya berkisarkan pendidikan malah cara hidup

seseorang juga diterapkan. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda, akal,serta

hati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah. Para pelajar terutamanya

lebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal ini kerana, para pelajar lebih

tertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya upaya untuk berubah. Ringkasnya,

program motivasi dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajar.

Di samping itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh keyakinan diri dalam

mengejar kejayaan dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu banyak halangan dan

dugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang pelajar. Semasa program motivasilah pelajar dapat

menimba ilmu daripada penceramah. Suntikan semangat baru serta tips-tips daripada penceramah

hendak dimanfaatkan oleh pelajar dalam misi mengejar kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggi

dapat menjamin kejayaan pelajar. Pendek kata, pelajar memperoleh keyakinan diri melalui program

motivasi.

Similer Documents