Download Tugasan Kertas 3 Bab 2 PDF

TitleTugasan Kertas 3 Bab 2
File Size87.2 KB
Total Pages6
Document Text Contents
Page 5

Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM,
PUTRA, monorail, Lebuh
Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar dinegara Malaysia
dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah
terpilih sebagai lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport
Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL). Selain itu, sistem
pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan
masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka.
Perkembanga teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina di
Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang SMART merupakan lencongan air yang terpanjang
di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Akhir sekali,pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol
ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di
dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia
sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah
Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy.
Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee
Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia.
Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan
keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di
Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton.
Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk
menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang
cemerlang oleh pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.



6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara

Menjana idea untuk menghadapi cabaran bagi menjamin kedaulatan Negara

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin
kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara ialah para pelajar akan
kerap ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dalam sesuatu subjek.Selain
itu,remaja pada hari ini lebih gemar berlumba haram di jalan raya yang mampu membawa
kepada kemalangan jalan raya.Seterusnya, rasuah akan semakin berleluasa disebabkan
pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat.Di samping itu,pelajar-pelajar akan terlibat
dengan kes membuli.Akhir sekali,demonstrasi jalanan akan kerap terjadi disebabkan
ketidakpuashatian masyarakat dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat.

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah kerajaan perlulah memberikan
pendidikan sepanjang hayat kepada para pelajar agar mereka tidak merasa bosan untuk
belajar.Selain, itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap

Similer Documents